Beranda Updates Sedan Honda EV Concept Debut di Beijing Motor Show 2018

Sedan Honda EV Concept Debut di Beijing Motor Show 2018

BEIJING, 19 April 2018Honda mengumumkan bakal memperkenalkan dua model baru di ajang Beijing International Automotive Exhibition 2018 yang akan dibuka 25 April 2018 mendatang. Model yang diboyong termasuk model konsep kenderaan elektrik (EV) dan juga sedan serba baru.

EV konsep yang dipertontonkan adalah model yang bakal dijual di China sebelum akhir tahun ini, dibangunkan oleh GAC Honda Automobile. Perusahaan ini adalah hasil kerjasama antara Guangzhou Auto (GAC) dan Honda, yang pada mulanya dikenali sebagai Guangzhou Honda sebelum dinamakan menjadi GAC Honda pada 2008.

Tidak diketahui apakah bentuk model EV yang dimaksud, walaupun terdapat desas-desus menyatakan kendaraan versi elektrik ini adalah HR-V atau lebih dikenali sebagai Vezel.

Bagi sedan pula, Dongfeng Honda, satu lagi kerjasama antara Dongfeng Motor Group dan Honda, akan memproduksikan model ini. Ini mungkin Spirior yang baharu, yang terdahulu merupakan versi kejuruteraan berlencanakan Honda Accord yang diperbuat oleh Dongfeng Honda hanya untuk pasaran China sahaja.

Selain dua model pelancaran tersebut, Accord Hybrid dan Acura CDX Hybrid dan all-new RXD prototype terkini juga akan ditampilkan dalam acara automotif terbesar China itu, dengan yang terakhir tersebut menjadi versi elektrik berdasarkan HR-V.

Adapun di kategori sepeda motor, Honda akan menghadirkan GL1800 Gold Wing.

○ GAC Honda:
– EV Concept khusus pasar Cina (World premiere)
– All-new Accord Hybrid (China premiere)
– Avancier, Vezel, Accord, Crider, Odyssey, City, Fit

○ Dongfeng Honda:
– All-new Sedan Concept (World premiere)
Honda UR-V, XR-V, Civic, Sprier Hybrid, Gienia, Elysion, Jade

Acura:
– CDX Hybrid (World premiere)
– All-new RDX Prototype (China premiere)
– NSX, TLX-L, CDX

Honda DreamWing:
– GL1800 Gold Wing (China premiere)
– X-ADV (Reference exhibit)
– CB1000R (Reference exhibit)
– CRF1000 Africa Twin, CB500X, NC750X, CB1100, CBR1000RR, CBR650F, CBR500R, CB650F, CB500F, NC750S, CTX700N

RAJU FEBRIAN